Monday, April 25, 2011

Makanan harus halal untuk meneruskan kehidupan yang lebih berkat dan Keredaan Allah

Moh, kita belajar masak.  Masak makanan yang baik2 untuk anak2 dan untuk kita sekeluarga dengan hasil pendapatan yang halal lagi bersih, baik dari segi Ugama maupun kesihatan.  Ok kita nak masak apa ya? atau nak makan yang ringan2 je....

Ok kita masak pemanis mulut bagi mengisi perut semasa bersantai bersama keluarga sambil menelan sesuatu yg menyegarkan.....

PUDING KARAMEL CHEF AZLI yang telah saya olah untuk dibuat jualan bagi yang malas tapi hanya tau makan je.....tapi bagi yang rajin dan sentiasa berbajet moh kita buat....

Bahan utk karamel:

1/2 cawan gula pasir

Cara buat karamel:

masukkan gula ke dalam loyang yang nak digunakan dan masak hingga cair dan berwarna perang.  Ratakan diseluruh dasar loyang itu dengan gula hungus dan angkat dari dapur. Biarkan ianya mengeras.  Apabila telah sediakan puding tapiskan ke dalamnya dan kukus 25-30 minit dgn api sederhana.

Bahan2nya utk puding:

1 litter susu segar UHT
7 biji telor gred A
1/2 cawan susu cair (Ideal)
1/2 cawan gula pasir
vanila & garam secubit

caranya:

Satukan gula, garam, vanila & telor kacau hg gula hancur dan masukkan susu cair & susu segara kacau sebati, tapis ke atas gula hangus dan kukus 25-30 minit dengan api sederhana.

Selamat mencuba....nanti di lain waktu kita masak yang lain pula ok.......jumpa lagi

Ada lagi makan yang anda ingin cuba....ok mai kita cuba pulak yang ini:

KENTANG PUTAR
Bahan:
10 biji kentang dibuang kulit dan dipotong dadu serta direbus bersama garam.
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan susu segar
secubit garam

Kentang yang direbus tadi hingga empuk dituskan dan dilenyet dengan senduk.
Kemudian diputar dgan hand mixer bersama serbuk lada hitam dan susu segar sehingga halus dan gebu.

Sosnya:

650 ml air
5 sudu besar stok ayam
1 biji bawang besar dicincang
1 batang sadri
40 gm butter
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar soso tiram
sedikit serbuk lada hitam
sedikit kicap pekat manis

Masak air bersama stok ayam,bawang besardan sadri.angkat dan tapis.ambil airnya sahaja.
Cairkan butter, masukkan tepung gandum kacau dengan api yang perlahan sehingga tidak melekat pada tepi periuk. Masukkan air rebusan tadi sedikit demi sedikit dan kacau sebati sehingga tidak bergentel.
kemudian masukkan sos tomato,sos tiram,serbuk lada hitam dan beberapa titis kicap untuk perangkan warna sos.
Bolehlah di hidangkan bersama kentang putar.
ok lain kali kita masak yang lain pulak, ok......

Dek semalam cari cendol untuk buat Jelly Cendol kehabisan, maka terpaksalah buat cendol sendiri untuk memenohi selera dan permintaan pelanggan yang suka makan Jelly Cendol...ini dia resepinya:

RESEPI CENDOL

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau (option)
Cara-cara

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
2. Kacau selalu supaya tidak hangit
3. Sediakan bekas yg berisi air sejuk - guna baldi yg sdg je dgn air yg banyak supaya cendol cepat sejok.
4. Masukkan adunan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
5. Kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
6. Simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

dah pun siap dan bolihlah buat Jelly Cendol untuk resepi Jelly Cendolnya pula macam ni:

JELLY CENDOL

Bahan-bahan ( satu bekas sederhana )
  • 1 peket Agar-agar serbuk (13g)
  • 800ml Air
  • 80g Gula Melaka (gula serbuk)
  • 170g Gula pasir
  • 200g Cendul
  • 350ml Susu Segar/Cair
  • 150ml Santan
  • 1 helai Daun Pandan

Cara-cara

  1. Rebus 5g agar-agar dgn 400ml air & Daun pandan sampai agar-agar cair. Masukkan gula melaka & kacau sehingga larut. Buang daun pandan & tuang ke dlm acuan.
  2. Rebus baki agar-agary & 400ml air & daun pandan sehingga agar-agar cair. Masukkan gula pasir & kacau sehingga larut. Masukkan susu & santan. Buang daun pandan & masukkan cendul. Tuangkan ke atas lapisan gula melaka tadi.
  3. Cucuk2an permukaan lapisan agar-agar yg pertama sebelum di tuangkan lapisan kedua supaya ianya tidak lekang apabila di potong.
  4. Sejukkan di dlm peti ais sehingga beku.
dah bolih makan kalau nak buat jual masukkan kedalam cup yang kecil2 tu yg seperti cup jelly kelapa....ok dah cukup time nnt2 kita cuba resepi yg lain pulak........


ok hari ini saya nak sertakan satu lagi resepi Jelly Cendol yang tidak mengandungi santan, yang mana amat digemari ramai pelanggan saya dan juga anak-anak saya termasuklah saya sendiri.

JELLY CENDOL

Bahan-bahan
1/2 paket agar2 [20 gm]
8 cawan air
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan cendul
1 cawan gula merah

Cara Memasak
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendideh lagi. Tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah.
5. Kacau rata dn biarkan mendideh dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat.
7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
9. Hidangkan.
INI LAH RESEPINYA YANG SAYA GUNAKAN UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN BAGI MENYARA KEHIDUPAN......


Ok, kali kita cuba pula buat kek yang dipetik dari kongsi resepi (Myresepi) yang mana pasti jadi kalau dibuat.  Terima kasih kepada ruangan Kongsi Resepi, semoga Allah memberkati anda semua yang tidak kedekut dengan ilmu yang ada.



♥Blended Orange Cake™ olih kak fida


Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara

  1. Blended_orange_cake_001
     Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Blended_orange_cake_002
     Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Blended_orange_cake_004
     Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

senangkan kek ini .....yang mudah tapi teramat sedap, tak percaya cuba.......

Kali ini mai kita cuba pula buat kuih kaswi berkepala jadinya:

Tepung Talam Kaswi

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )

  • BAHAN A :-) bahagian bawah
  • 300 g gula melaka 
  • 240 g gula pasir
  • 450 ml air
  • 2 helai daun pandan, disiat dan simpul
  • BAHAN B :-)
  • 190 g tepung gandum*
  • 120 g tepung ubi*
  • 60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
  • 900 ml air
  • 2 camca besar air abu (alkaline water)
  • 3/4 camca besar air kapur
  • 1 camca besar pewarna coklat
  • BAHAN2 ATAS :-)
  • 5 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagong
  • 1 1/2 santan pekat + 3/4 cawan air
  • 1 sudu kfc garam

  • Caranya utk bgian atas campur semua tapis dan masak hg naik wap masuk ke atas lapisan bawah dan kukus 25 mint.

Cara-cara

  1. Step_by_step_840
     Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
  2. Step_by_step_841
     Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
  3. Step_by_step_842
     Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
  4. Step_by_step_847
     Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
  5. KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum..

No comments:

Post a Comment