Mai sama-sama kita membentuk kehidupan kearah kebahagian di dunia dan di Akhirat kelak. Hidup kita ini hanya menumpang sementara di muka bumi ini dan akan terus kekal di sana (Akhirat) untuk selamanya.....setelah mati.....percayalah MATI itu hanya sekejab sahaja. Selepas kita dikebumikan, maka kita akan dihidupkan semula dari sebahagian tubuh kita untuk disoal siasat olih Malaikat. Seperti Polis menyiasat kita semasa ditahannya kerana melakukan kesalahan, tapi itu sikit saja dan kita tidak hairan kerana kita bolih temberang pegawai tersebut. Bagaimana kita nak temberang Malaikat???????? kerana semasa hidup kita ini, kita sentiasa dilawati olih Malaikat sebanyak 70 kali sehari dan dia tahu apa kita buat dan setiap apa yang kita lakukan di catit. Macamana YA!!!!! tepok dada tanyalah selera kita. Sewaktu itu apa kita nak jawap....peluang hidup hanya sekali....nak patah balik, kita dah tak ujud lagi dimuka bumi ini. Sewaktu itu kesalan dah tak berguna lagi......ok...nanti kita sambung lagi untuk meneruskan bicara.....
Salam sejahtera untuk semua, dah hampir seminggu tak up-date apa2, tak mengapa sebenarnya hati kurang sihat kerana telinga asyik2 terdengar bicara org2 kaya dan berkuasa mengutuk org dan memburukkan maruah org. Hati tak sedap sebab kita manusia lemah berlagak umpama kita lah pencipta alam dan segala makluk dimuka bumi ini sehingga terlupa yang kita ini hanyalah hamba yg lemah lagi daif. Kesian pada hamba2 itu kerana dia terlupa pada Kuasa Pencipta alam semestra dan juga diri kita ini, kalau lah TanpaNya kita tidak ujud di muka bumi...kesian222. Nasib baiklah teman cuma insan yg tidak punya apa2, tidak punya harta dan tidak punya kedudukkan di muka bumi ini. Lebih baik lah begitu, sebabnya bukan apa.....takut lupa diri bila dah ada harta dan bila dah ada kuasa. cukuplah kuasa dgn anak2 dan keluarga, itu pun entah ok, entah tidak. Namun begitu doa ku, agar aku tidak gagal memerintah keluarga ku sendiri dan berusaha dgn titik peluh ku mencari rezeki utk keluarga dan diri sendiri. cukup lah dan aku sentiasa bersyukur dgn apa yg ada, kerana segala yg aku dapat adalah rezeki halal tanpa mengraih hak org lain utk hidup mewah...
Salam sejahtera semua dah lam mendiamkan diri dan hari ini baru ada sedikit ruang kesempatan untuk menjegok KASTURI IMPIAN ku...... sesungguhnya kasturi impian bukan sekadar impian, tapi ianya adalah keinginan ku untuk memiliki kasturi.......
No comments:
Post a Comment